Saturday, May 8, 2010

adakah harapan itu hanya akan tinggal kenangan?

tempoh 9 bulan sudah berlalu...
selama 9 bulan juga aku sabar menunggu...
mengharap yang dia akan pulang dan menunaikan janjinya...

mas tunggu abang balik ea?


atas permintaan itulah..hati aku yakin yang dia akan mencari aku semula..andai aku sanggup menunggu, mengapa tidak dia juga akan kembali mencari aku setelah pulang ke tanah air?


dengar2 khabar, dia dan yang lain dikuarantin sementara smpai 5hb may..mungkin kerana itu dia tiada kesempatan untuk menjejaki ku..

dan hari ini, sudah 8hb may..tiap detik, aku menanti..mungkin akan ada satu panggilan darinya..tapi sampai saat ini...hampa..

aku tidak punya cara untuk mencarinya..phone number dia, dah terminated after 3months dia ke Lubnan..dan hanya itu saje number yang aku punya..

cerita kami masih baru..hanya selepas 2bln kasih terjalin, dia sudah pergi jauh..tak banyak yang aku tahu tentang dia..

kawan2 semua mahu aku memberinya masa...jika 9 bulan aku sanggup menunggunya, sabarlah juga utk memberinya masa..

9bulan jauh di tempat owg, membuat hatiku tidak runsing seperti sekarang..jauh itu mungkin salah satu alasan sukar utknya menghubungiku.namun sekarang?berpijak di bumi yang sama tanpa ada sebarang berita..itu sangat menyedihkan..


dan sekarang...aku hanya mampu berserah...andai tertulis jodohku dengannya, pasti bertemu akhirnya..namun, andai memang tidak pernah tertulis antara aku dan dia..aku perlu belajar redha dengan takdir itu..terpulanglah sampai bila hati ini bisa bertahan menanti harapan yang mungkin hanya akan tinggal kenangan.....




Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami gar kemesraan itu abadi,
Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta,
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Monday, April 12, 2010

buah tangan dari Lubnan



big thanks to mr shoffee for the award.....ape kate owg,xpat g sane..dpt buah tgn dari sana pun jadilah kan..even ni buah tangan alam maya jek...tp the meaning behind the award tu yang penting...

ape maknenye ye?scroll down babe...




Award ini dinamakan The Cedars Blogger Award. Apakah itu The Cedars?

The Cedars bermaksud pokok Cedar yang terdapat di negara Lubnan. Pokok ini merupakan spesis pokok yang jarang dijumpai di dunia dan antara negara yang boleh memilikinya ialah Lubnan. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Lubnan hinggakan simbol pokok Cedar ini turut diletakkan di atas bendera negara tersebut.

Apa yang istimewanya pokok Cedar ini?

Pokok Cedar ini terkenal dengan ketahanannya. Tidak kiralah pada musim panas, musim luruh ataupun musim sejuk yang bersalji, pokoknya tetap kukuh dan daunnya tetap tumbuh menghijau.

Jadi apakah simboliknya award ini?

Sifat pokok ini yang terkenal dengan ketahanannya merupakan simbolik utama award ini. Tidak kiralah samada situasi apa sekalipun dalam kehidupan anda, diharap anda semua akan dapat mencontohi sifat dan ketahanan pokok tersebut.



credit to mr shoffee for the explaination..copy paste without edit dari sini.


terjupe blog mr shoffee neh secara tak sengaja pun...dalam mencari2 individu yg memang berada di lubnan, search2 kat google..kualah link blognye..nape cari owg g lubnan?hehehehe...adelah...merisik khabar owg kat sane...hehe (blushing2)..

selalulah jengah blog mr shoffee ni..pantang ade update..mesti cepat jek bukak..mencari2 wajah seseorang tiap2 kali ade upload gamba2 dari sana...even xjupe apa yang dicari...at least,thlah gak perkembangan hidup kat sane... =)





then...rase gumbira dapat buah tangan dari lubnan...and thanks once again to mr shoffee for sharing your story and for giving the award... =)


footnote: dari penulisannya, dalam masa 17 hari lagi..mereka2 akan pulang ke bumi malaysia..aku juga turut teruja untuk menghitung hari kerana insya Allah, hujung bulan ini juga akan meninggalkan UMP..=)

Sunday, April 11, 2010

s.e.p.i


SEPI...

ramai plak yang menegur bila sepi jadi status kat ym..

eh dak sepi..

dah nape sepi plak nie?


hohohoho....itu hanya rasa yang aku rasa bile tinggal sowang2 dalam bilik neh...
keje melambak tapi malas nak wat...godek2 tenet pun..cam xde mende menarik...

pastu..bile dah sowang2 nie..mula hati tu sayu....teringat dia yang jauh...mmm...rindu..


suara dengarkanlah aku...
apa khabarnya pujaan hatiku..
aku di sini menunggunya..
masih berharap di dalam hatinya..


suara dengarkanlah aku..
apakah aku selalu di hatinya..
aku di sini menunggunya..
masih berharap di dalam hatinya..


ouh..sudah berjiwang di situ..hohoho...ade jodoh t..adelah masita.yakinlah dengan janjiNya..


mood skrg adelah...kemalasan!

malas nak berkemas
malas nak makan
malas nak berpikir
malas nak siapkan keje

semuanya MALAS



bilelah nak datang rajin plak neh?(6,^)


:..alangkah indahnya andai persahabatan kita seindah pelangi...bukan seperti sekarang keadaannya:..

=(

Monday, April 5, 2010

oh landfill ku...

...LANDFILL...


bangun landfill,tido landfill,makan landfill...hari2 landfill....


landfill




landfill



landfill







kanak kanak riang di pejabat landfill


rabu nie, 7 april 2010 group saya kene present project kami, Bioreactor Landfill depan panel dari industri...moga2 Allah permudahkan segalanya..kalah menang belakang kira.....doakan untuk kami ea...

Tuesday, March 30, 2010

kerana aku sayang

kawan..

di saat2 kalut begini, bagaimana bisa aku cari masa untuk memikirkan tentang kita

mencari ruang melupakan segala yang telah kau luah

bukan kerana aku ego hingga sukar memberikan maaf

maaf itu mudah,mudah untuk dilafazkan

andai kau mahu kemaafan lahir dari mulutku, bila2 masa aku bisa mengucapkan nya

tapi,apalah daya untukku menipu diri,hati sendiri

maaf tanpa rasa ikhlas di hati

apalah guna maaf itu andai hatiku masih luka.
apalah guna maaf itu andai mindaku masih memikirkan ucapan itu.
apalah guna maaf andai mataku masih terbayang bait2 ucapanmu.
apalah guna maaf andai telingaku masih terngiang2 bibirku mengungkap ucapanmu.





dan satu alasan lagi mengapa sukar untuk aku memaafkan..

kau menipu di situ.
aku tahu segalanya.aku tahu jawapanmu itu menipu.mungkin kau tidak sangka sejauh ini aku mengetahui kisah hidupmu.aku sentiasa dekat dengan kau.rutin hidupmu di depan mataku.bohonglah kalau aku tidak dapat mengagak apa2 bila mataku sendiri melihat.tapi, apalah guna kalau aku mendedahkan segalanya kepada kau andai kau menganggap aku mengganggu hidupmu.jadi cukuplah aku menghamburkan segala galanya di sini..


sahabat, kau dilahirkan untuk menjadi hamba yang baik, insan yang baik.anak yang baik.kawan yang baik.silapmu cuma satu itu.jangan kerana silap yang satu itu,kau menzalimi diri sendiri.its not the end of world.jujurlah pada diri sendiri.jujur pada hati sendiri.adakah kau ikhlas mencintainya, adakah kau tulus menyayanginya?atau kau terpaksa mengajar hatimu mencintainya?


die sudah punya tangungjawab.die sudah punya komitmen.mengapa die juga yang kau pilih?hanya atas alasan kumbang2 yang lain tidak jujur?bape ramai kumbang yang pernah mengecewakan kamu?hanya kerana 1-2 kumbang yang tidak jujur, kau mengambil langkah begini..

kau tidak pernah belajar dari kesilapan..setiap kali menjalin hubungan, kau ulang silap yang sama kerana percaya dengan janji2 mereka yang belum tentu sahihnya.manusia hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan segalanya.sudahnya, kau menyalahkan mereka2 yang memang sudah fitrahnya begitu.namun, kau tidak pernah serik..

adakah die cukup jujur?menjalin hubungan denganmu dalam diam, biapun mungkin die penah berjanji untuk mengambil kamu, tapi "mengikat"mu sebelum kau sah untuknya adalah salah sama sekali. andai sekarang die bisa melakukan begini, tidak mustahil die juga mampu melakukan begini biapun die sudah ada kamu.TUHAN itu adil sayang..bia apa pun alasannya untuk menjalin hubungan denganmu, mengapa alasan itu timbul sekarang?andai dia mampu bertahan sebelum berjumpa kamu, mengapa sekarang baru diungkit?tidakkah terpikir alasan itu hanyalah alasan..

apa yang kau cari dari seorang lelaki agaknya?kesenangan,kemewahan? waktu bercinta,memanglah dia mampu memberi segala apa yang kau mahu..berapa sangat yang harus die berhabis sekarang untukmu. ah, mungkin itu pun atas alasan 'upah'..rasa nak bagi, bagi..bile kau mintak, baru bagi..di masa depan?suka tak suka, sepanjang masa die wajib menghulur nafkah untukmu.ketahuilah, gajinya tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan gajimu di masa depan. mempunyai 2 tanggungan dlam satu masa, adalah sukar untuk die penuhi permintaanmu di masa depan.


aku bukan mahu menyibuk perjalanan hidup kau.kau kata kau mampu menjaga diri sendiri..tapi kalau ini gayanya...ketahuilah..kau GAGAL sebenarnya...

aku sayangkan kau sebab tu aku kesah.tapi kalau kau tetap rasa aku jaga tepi kain kau, terpulang.andai jalan ini juga yang kau pilih, berdoalah dengan Tuhan banyak2 agar bahagia di hujungnya. mungkin juga die tunaikan janjinya, tapi bahagia atau sengsara kau di masa depan, hanya TUHAN yang tahu.


aku pernah bermimpi.bermimpi kau diasak oleh kengkawan tentang masalah ini. hanya satu jawapan yang keluar dari mulut kau bersama linangan air mata..kau tak mampu, kau tak kuat untuk menolak...kau tak ade kudrat untuk berkata tidak..andai memang benar itu alasan kau..percayalah,masih belum terlambat untuk kau lari,untuk kau pergi dari hubungan itu.fikirlah sedalam dalamnya.sujud isthikarah padaNYA.mohon petunjuk.






~aku tetap mendoakan yang terbaik untukmu kerana kau KAWAN aku~

f.i.n.a.l

salam...

menghadapi saat genting sekarang

kerana penghujung itu semakin hampir

penatnya bergelar pelajar tahun akhir..

presentation memanjang..report sana sini....

ouh, hampir kelupaan report lawatan ke yakult..

en rozaimi, saya janji,sebelum saya balik bercuti..saya submit report.


malam nie test 2 techno.
esok petang present final year project.
7hb,present plant design.
8hb, present PME.
12hb, submit report PME.
23hb,submit report plant design.
pastu present business plan.
31hb, submit thesis.


Ya allah,permudahkanlah segala urusanku...aminnnnnnnnnn.

Monday, February 22, 2010





kemengantukan di petang hari bertambah2 bila mata disogokkan dengan jurnal economic

Marketing on the internet: observations within the biotechnology sector


napelah aku kene bace semua2 neh??


aish....susahnye nak jadik engineer....kene jadik dak economic plak dah neh...


senarnye..tue homework tok subject technopreneurship.

encik syam: jangan ingat jurnal yang 2-3 ms tu senang utk wat rumusan...carik jurnal yang belas ke puloh pagenye.lagi senang t awak nak wat rumusan.

jurnal di atas adalah 13 page ye...pilih yg nie pun sebab die 13 page..ade yang sampai 21 page..jenuhlah nak membacanya.hambik ko...dahlah panjang..nak ngabehkan satu hal..nak pahamkan pun satu hal..mendelah aku nak merepek dalam article review neh??


Ya Allah...permudahkanlah urusanku sebagai seorang pelajar.Berikanlah ku rezeki untuk menamatkan pengajian bulan 4 ini.amin.