Saturday, May 8, 2010

adakah harapan itu hanya akan tinggal kenangan?

tempoh 9 bulan sudah berlalu...
selama 9 bulan juga aku sabar menunggu...
mengharap yang dia akan pulang dan menunaikan janjinya...

mas tunggu abang balik ea?


atas permintaan itulah..hati aku yakin yang dia akan mencari aku semula..andai aku sanggup menunggu, mengapa tidak dia juga akan kembali mencari aku setelah pulang ke tanah air?


dengar2 khabar, dia dan yang lain dikuarantin sementara smpai 5hb may..mungkin kerana itu dia tiada kesempatan untuk menjejaki ku..

dan hari ini, sudah 8hb may..tiap detik, aku menanti..mungkin akan ada satu panggilan darinya..tapi sampai saat ini...hampa..

aku tidak punya cara untuk mencarinya..phone number dia, dah terminated after 3months dia ke Lubnan..dan hanya itu saje number yang aku punya..

cerita kami masih baru..hanya selepas 2bln kasih terjalin, dia sudah pergi jauh..tak banyak yang aku tahu tentang dia..

kawan2 semua mahu aku memberinya masa...jika 9 bulan aku sanggup menunggunya, sabarlah juga utk memberinya masa..

9bulan jauh di tempat owg, membuat hatiku tidak runsing seperti sekarang..jauh itu mungkin salah satu alasan sukar utknya menghubungiku.namun sekarang?berpijak di bumi yang sama tanpa ada sebarang berita..itu sangat menyedihkan..


dan sekarang...aku hanya mampu berserah...andai tertulis jodohku dengannya, pasti bertemu akhirnya..namun, andai memang tidak pernah tertulis antara aku dan dia..aku perlu belajar redha dengan takdir itu..terpulanglah sampai bila hati ini bisa bertahan menanti harapan yang mungkin hanya akan tinggal kenangan.....




Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami gar kemesraan itu abadi,
Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta,
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .