Tuesday, March 30, 2010

kerana aku sayang

kawan..

di saat2 kalut begini, bagaimana bisa aku cari masa untuk memikirkan tentang kita

mencari ruang melupakan segala yang telah kau luah

bukan kerana aku ego hingga sukar memberikan maaf

maaf itu mudah,mudah untuk dilafazkan

andai kau mahu kemaafan lahir dari mulutku, bila2 masa aku bisa mengucapkan nya

tapi,apalah daya untukku menipu diri,hati sendiri

maaf tanpa rasa ikhlas di hati

apalah guna maaf itu andai hatiku masih luka.
apalah guna maaf itu andai mindaku masih memikirkan ucapan itu.
apalah guna maaf andai mataku masih terbayang bait2 ucapanmu.
apalah guna maaf andai telingaku masih terngiang2 bibirku mengungkap ucapanmu.





dan satu alasan lagi mengapa sukar untuk aku memaafkan..

kau menipu di situ.
aku tahu segalanya.aku tahu jawapanmu itu menipu.mungkin kau tidak sangka sejauh ini aku mengetahui kisah hidupmu.aku sentiasa dekat dengan kau.rutin hidupmu di depan mataku.bohonglah kalau aku tidak dapat mengagak apa2 bila mataku sendiri melihat.tapi, apalah guna kalau aku mendedahkan segalanya kepada kau andai kau menganggap aku mengganggu hidupmu.jadi cukuplah aku menghamburkan segala galanya di sini..


sahabat, kau dilahirkan untuk menjadi hamba yang baik, insan yang baik.anak yang baik.kawan yang baik.silapmu cuma satu itu.jangan kerana silap yang satu itu,kau menzalimi diri sendiri.its not the end of world.jujurlah pada diri sendiri.jujur pada hati sendiri.adakah kau ikhlas mencintainya, adakah kau tulus menyayanginya?atau kau terpaksa mengajar hatimu mencintainya?


die sudah punya tangungjawab.die sudah punya komitmen.mengapa die juga yang kau pilih?hanya atas alasan kumbang2 yang lain tidak jujur?bape ramai kumbang yang pernah mengecewakan kamu?hanya kerana 1-2 kumbang yang tidak jujur, kau mengambil langkah begini..

kau tidak pernah belajar dari kesilapan..setiap kali menjalin hubungan, kau ulang silap yang sama kerana percaya dengan janji2 mereka yang belum tentu sahihnya.manusia hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan segalanya.sudahnya, kau menyalahkan mereka2 yang memang sudah fitrahnya begitu.namun, kau tidak pernah serik..

adakah die cukup jujur?menjalin hubungan denganmu dalam diam, biapun mungkin die penah berjanji untuk mengambil kamu, tapi "mengikat"mu sebelum kau sah untuknya adalah salah sama sekali. andai sekarang die bisa melakukan begini, tidak mustahil die juga mampu melakukan begini biapun die sudah ada kamu.TUHAN itu adil sayang..bia apa pun alasannya untuk menjalin hubungan denganmu, mengapa alasan itu timbul sekarang?andai dia mampu bertahan sebelum berjumpa kamu, mengapa sekarang baru diungkit?tidakkah terpikir alasan itu hanyalah alasan..

apa yang kau cari dari seorang lelaki agaknya?kesenangan,kemewahan? waktu bercinta,memanglah dia mampu memberi segala apa yang kau mahu..berapa sangat yang harus die berhabis sekarang untukmu. ah, mungkin itu pun atas alasan 'upah'..rasa nak bagi, bagi..bile kau mintak, baru bagi..di masa depan?suka tak suka, sepanjang masa die wajib menghulur nafkah untukmu.ketahuilah, gajinya tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan gajimu di masa depan. mempunyai 2 tanggungan dlam satu masa, adalah sukar untuk die penuhi permintaanmu di masa depan.


aku bukan mahu menyibuk perjalanan hidup kau.kau kata kau mampu menjaga diri sendiri..tapi kalau ini gayanya...ketahuilah..kau GAGAL sebenarnya...

aku sayangkan kau sebab tu aku kesah.tapi kalau kau tetap rasa aku jaga tepi kain kau, terpulang.andai jalan ini juga yang kau pilih, berdoalah dengan Tuhan banyak2 agar bahagia di hujungnya. mungkin juga die tunaikan janjinya, tapi bahagia atau sengsara kau di masa depan, hanya TUHAN yang tahu.


aku pernah bermimpi.bermimpi kau diasak oleh kengkawan tentang masalah ini. hanya satu jawapan yang keluar dari mulut kau bersama linangan air mata..kau tak mampu, kau tak kuat untuk menolak...kau tak ade kudrat untuk berkata tidak..andai memang benar itu alasan kau..percayalah,masih belum terlambat untuk kau lari,untuk kau pergi dari hubungan itu.fikirlah sedalam dalamnya.sujud isthikarah padaNYA.mohon petunjuk.






~aku tetap mendoakan yang terbaik untukmu kerana kau KAWAN aku~

No comments:

Post a Comment